Tentang Saya (Naszshaie) Yang Lumpuh & Ruang Untuk Berhubung

Blog ini adalah tentang Saya (Naszshaie), salah seorang individu yang mengalami perubahan hidup besar akibat kecederaan saraf tunjang (Spinal Cord Injury / SCI ) sekali gus menyebabkan saya lumpuh. Nama saya Naszshaie, atau lebih mesra dipanggil Nasz. Saya berasal dari negeri Perak, sebuah tempat yang kaya dengan keindahan alam dan budaya. Hidup saya berubah secara drastik pada 23 Disember 2021, apabila saya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan saraf tunjang, dikategorikan T6 Complete Asia A. Ini menyebabkan saya lumpuh dari paras dada ke bawah, dan tangan kiri saya turut terjejas akibat kemalangan yang sama.

Cabaran Selepas Kecederaan

Selepas mengalami kecederaan saraf tunjang, saya berdepan dengan cabaran besar. Saya sebagai individu lumpuh separuh badan ialah belajar untuk berdikari dalam keadaan seperti ini. Selain itu, saya juga menghadapi cabaran emosi seperti anxiety, depression, dan kehilangan keyakinan diri. Pada mulanya, jiwa saya terasa hancur dan dunia seolah-olah tiada harapan. Namun, dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya perlahan-lahan bangkit semula.

Sokongan Keluarga dan rakan-rakan

Keluarga saya adalah sumber kekuatan terbesar. Mereka sentiasa memberi semangat dan mengingatkan saya bahawa masih ada harapan dalam kehidupan ini. Selain keluarga, rakan-rakan, sahabat, dan komuniti banyak memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dan fizikal kepada saya. Saya ingin menekankan bahawa bantuan para perawat seperti doktor dan terapist juga sangat penting dalam proses pemulihan saya.

naszshaie

Proses Penyesuaian

Pada mulanya, menyesuaikan diri dengan keadaan ini sangat sukar. Salah satu perubahan besar yang mampu saya lakukan adalah berkongsi pengalaman saya melalui blog dan media sosial. Blog ini memberi peluang kepada saya untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang mungkin senasib atau menghadapi cabaran yang lebih besar daripada saya. Saya menjalani sesi rehabilitasi di Hospital Batu Gajah dan HUITM Puncak Alam untuk meningkatkan kualiti hidup saya.

Tujuan Penulisan Blog

Tujuan saya menulis ialah berkongsi pengalaman hidup dengan pembaca untuk memberi inspirasi dan motivasi. Blog ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kehidupan sebagai OKU
  • Menggalakkan sokongan komuniti terhadap mereka yang memerlukan
  • Menginspirasi mereka yang menghadapi cabaran besar dalam hidup

Pelawaan untuk Berhubung

Saya amat mengalu-alukan anda untuk berhubung dengan saya sekiranya berminat untuk berkongsi pengalaman atau bekerjasama dalam projek komuniti

Saya amat menghargai sebarang peluang untuk berkongsi cerita dan memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kisah saya.uk berkongsi cerita dan memberi manfaat kepada orang lain.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya melalui platform berikut (prefer whatsapp):